TERKINI : Halau Wartawan di Mesyuarat Perwakilan UMNO! Cara Penyampaian Kurang Manis – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Cara penyampaian pengerusi Majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lembah Pantai yang kurang manis dan tidak sesuai mengundang situasi tidak senang sehingga wartawan dianggap telah dihalau dari membuat liputan baru baru ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata berkemungkinan bagi pengerusi majlis mesyuarat UMNO Bahagian adalah mesyuarat tertutup dan sesiapa sahaja selain daripada perwakilan, pemerhati yang tidak mempunyai Pas tidak boleh berada dalam dewan.