Fabian Delph. Foto The Mirror

LONDON – Everton mengumumkan telah menandatangani pemain tengah England, Fabian Delph dari Manchester City menerusi perjanjian tiga tahun.

Pengumuman yang dibuat di laman kelab itu bagaimanapun tidak mendedahkan yuran perpindahan buat pemain berusia 29 tahun England itu.

Delph yang menyertai City dari Aston Villa pada 2015 telah bermain 89 kali buat City dan menang dua gelaran Liga Perdana.

Dia juga memiliki 20 kaps bersama England.

Pengurus Everton, Marco Silva menyifatkan Delph pemain yang berkualiti dan dia akan memperkuatkan skuad seperti pemain itu.

Delph dalam reaksi di laman web kelab itu turut melahirkan rasa teruja kerana Everton memiliki keghairahan penyokongnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast