Gambar hiasan.

RIYADH – Seramai 200 ahli keluarga dan saudara mangsa serangan di dua buah masjid di Christchurch, New Zealnd akan menjadi tetamu Raja Salman menunaikan ibadah haji pada tahun ini dengan kosnya ditanggung raja itu.

Lebih 50 orang terkorban dalam kejadian yang berlaku sebelum solat Jumaat itu.

Pada tahun ini, Raja Salman mengundang 2,000 jemaah Palestin dan 1,300 jemaah dari negara lain, lapor Saudi Gazette.

Menteri Hal Ehwal Islam yang memantau program tersebut, Abdullatif Al-Asheikh berkata, tajaan tersebut merupakan usaha negara tersebut menentang keganasan.

“Ia akan mengurangkan kesakitan dan penderitaan yang dialami ahli keluarga dan waris,” katanya.

Tambah beliau, kementeriannya akan berhubung dengan kedutaan Arab Saudi di New Zealand untuk mempercepatkan prosedur urusan menunaikan haji tetamu raja itu. – Agensi