Nabil Fekir

LONDON – Pemain idaman Liverpool pada musim lalu, Nabil Fekir akhirnya berubah angin apabila dia mengambil keputusan meninggalkan kelab Perancis, Lyon.

Fekir, 26 tahun, menjadikan Sepanyol sebagai destinasi baharu setelah melengkapkan perpindahan bernilai £20 juta untuk bersama Real Betis.

Kelab itu dalam satu kenyataan menjelaskan Fekir telah memeterai kontrak selama empat tahun.

Pada musim lalu, Fekir berjaya menjaringkan 12 gol dalam 39 penampilan bersama Lyon dan membantu kelab tersebut menamatkan saingan Ligue 1 di tangga ketiga selepas mengumpul 72 mata.

Selepas Liverpool terlepas mendapatkan khidmat Fekir, keputusan ini boleh dikatakan amat mengejutkan kerana Arsenal juga dikatakan berminat untuk membawa masuk pemain antarabangsa Perancis ini ke Stadium Emirates.

Penghijrahan bekas kapten Lyon itu ke Sepanyol menjadikannya sebagai pembelian keempat buat kelab tersebut bagi menghadapi musim 2019/20.

Real Betis sebelum ini telah mendapatkan Juanmi dari Real Sociedad, Dani Martin (Sporting Gijon) dan Alfonso Pedraza secara pinjaman dari Villareal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast