Poster filem The Lion King

KUALA LUMPUR – Filem The Lion King mencipta sejarah apabila berjaya catat kutipan global box office berjumlah AS$531 juta (RM2.18 bilion) selepas hanya 10 hari ditayangkan.

Ia sekali gus meletakkan filem terbitan Disney yang dibikin semula itu di tempat kelapan filem paling laris sepanjang zaman untuk minggu pertama tayangan.

Apa yang menarik, filem ini juga berjaya menempah tempat ketujuh filem paling laris bagi tahun ini.

Antara negara yang berjaya catat kutipan tertinggi adalah Utara Amerika dengan kutipan berjumlah AS$185 juta (RM761.18 juta).

Ia diikuti dengan United Kingdom yang berjaya catat kutipan AS$19.9 juta (RM81.8 juta), Perancis dengan AS$19.6 juta (RM80.6 juta) dan Mexico dengan AS$ 18.7 juta (RM76.94 juta).

Pada masa sama, filem ini mudah mengalahkan kutipan filem Incredibles 2 bagi kategori kutipan pembukaan tertinggi.

Meskipun pengkritik filem bercampur baur dengan filem tersebut apabila Rotten Tomatoes memberikan rating hanya 56 peratus, namun penonton nyata teruja menonton filem tersebut.

Diarahkan oleh Jon Favreau, filem bikin semula dari animasi Disney klasik 1994 ini menampilkan latar suara ‘A-list’ seperti Donald Glover sebagai Simba, Beyonce sebagai Nala dan ramai lagi.

Malah runut bunyi turut dinyanyikan Beyonce. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast