SHANGHAI – Pihak berkuasa China mengesyaki syarikat penghantaran bungkusan Amerika Syarikat (AS), FedEx Corp. mencabuli undang-undang dengan tidak melakukan penghantaran barangan syarikat teknologi, Huawei, kepada penerima ,lapor agensi media, Xinhua.

Siasatan China ke atas FedEx dilakukan selepas AS meletakkan Huawei dalam ‘senarai entiti’ yang melarang pembekal berpengkalan di AS daripada memberi perkhidmatan kepada syarikat itu.

Para penyiasat mendapati FedEx telah menangguh 100 penghantaran yang mempunyai kaitan dengan Huawei, lapor Xinhua seperti dipetik Reuters.

Pada asalnya, FedEx menyatakan kegagalan penghantaran disebabkan ‘kesilapan operasi’ namun pihak bekuasa mendapati penjelasan tersebut tidak ‘memenuhi realiti’, lapor Xinhua.

“Di tengah-tengah siasatan, petunjuk lain mendapati FedEx telah mencabuli undang-undang dan peraturan,” lapor Xinhua.

FedEx tidak membalas e-mel yang meminta ulasan mengenai perkara tersebut. – Agensi