ANKARA – Lapan penyerang bersenjata mencuri emas dan logam bernilai US$40 juta di Lapangan Terbang Guarulhos di Sao Paulo, demikian menurut polis Brazil lapor agensi berita Anadolu.

Menurut Globo TV memetik polis sebagai berkata, lelaki bersenjata itu turut menjadikan dua orang sebagai tebusan.

Dilaporkan, penyerang tiba di lapangan terbang menaiki trak pikap berwarna hitam menyerupai kereta polis persekutuan.

Jenayah bermotifkan kewangan seperti rompakan bersenjata sering berlaku di Brazil dan semakin meningkat, dengan 22,000 kes rompakan kargo dilaporkan di dua negeri – Sao Paulo dan Rio de Janeiro – pada 2017.

Polis menuduh kumpulan jenayah sebagai dalang kepada kejadian rompakan dan kerugian setiap tahun dianggarkan bernilai jutaan dolar.- BERNAMA