Kieran Tierney

LONDON – Arsenal sedia memuktamatkan tawaran sebanyak £25 juta kepada Celtic untuk mendapatkan khidmat Kieran Tierney.

Pemain Scotland itu dikatakan gembira bermain di Parkhead namun pengurus Arsenal, Unai Emery bertekad untuk memperkukuhkan jentera pertahanan The Gunner.

Arsenal kini bersedia untuk melakukan bidaan kali ketiga untuk mendapatkan pemain berusia 22 tahun itu walaupun Tierney banyak kali terlepas beraksi untuk Celtic dalam perlawanan pra musim berikutan masalah kecederaan.

Napoli juga berminat untuk mendapatkan khdimat Tierney namun Carlo Ancelotti menafikannya dan mendakwa beliau gembira dengan Faouzi Ghoulam dan Mario Rui.

Difahamlan Arsenal hampir bersetuju dengan yuran untuk membawa masuk Tierner pada minggu lalu.

Arsenal baru sahaja mengikat Nicolas Pepe pada harga £72 juta dengan pamain warga Ivory Coast yang dijangka melengkapkan pemindahannya ke kelab utara London itu dalam tempoh 48 jam. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast