Hassan Basri Muhammad
Hassan Basri

KUALA LUMPUR – Lim Kit Siang yang sepatutnya pulang secara sukarela ke negara asalnya, China dan membubarkan DAP kerana kewujudan dan perjuangan parti itu tidak memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Naib Presiden penaja Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Hassan Basri berkata, saranan penasihat DAP itu supaya penceramah bebas antarabangsa, Dr. Zakir Naik meninggalkan negara ini membuktikan beliau seorang pemimpin yang dangkal.

“Sebelum meminta Dr. Zakir pulang ke negara asal, beliau yang merempat di Tanah Melayu tahun 1957 ketika berusia 16 tahun sepatutnya pulang ke negaranya Zhangzhou Fujian.

“Setakat ini Kit Siang termasuk musuh utama Dr. Zakir tidak dapat mengemukakan data dan bukti berhubung tuduhan mereka bahawa pendakwah bebas itu telah merosakkan kestabilan negara ini.

“Tuduhan itu hanyalah bersifat khayalan yang dicipta Kit Siang dan DAP untuk merosakkan reputasi Dr. Zakir,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, semalam.

Kit Siang menerusi tulisan di blognya semalam, menyatakan sokongan saranan peguam Anas Zubedy yang mahukan pendakwah kontroversi itu keluar dari Malaysia secara sukarela.

Beliau memberi alasan kehadiran Dr. Zakir di negara ini boleh mencetuskan ketidakstabilan, selain mencetuskan ketidakharmonian dalam ‘keluarga’ besar Malaysia.

Mengulas lanjut, Hassan berkata, berbanding pendakwah kontroversi itu, Kit Siang dan DAP yang banyak menimbulkan ketidakstabilan dan ketidakharmonian negara.

Beliau memberi contoh, isu terbaharu yang berlaku berhubung kebiadaban pemimpin dan ahli DAP mempertikaikan tulisan Jawi dan khat yang hendak diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan baru-baru ini.

“Alasan yang dianggap tidak cerdik. Persoalannya berapa kes perceraian atau masalah keluarga yang berlaku berikutan kehadiran Dr Zakir Naik. Apakah bila beliau mampu meyakinkan seseorang bukan Islam dengan kebenaran Islam lalu itu dihujahkan untuk menolaknya?

“Sedangkan fitrahnya sememangnya peringkat permulaan berlaku pertentangan keluarga bila seseorang bukan Islam memeluk agama islam. Ini jelas melihat kepada pengalaman rakan yang memeluk Islam.

“Sepatutnya kita bersyukur mempunyai pendakwah ilmuan antarabangsa yang mampu mengislamkan orang bukan Islam dengan hujah yang bersandar al Quran dan Sunnah,” katanya.

Mengenai persepsi buruk terhadap Islam, Hassan yang juga Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Putra berkata, kebanyakan persepsi dan penentangan itu datang dari pendakyah bukan Islam, bukan Dr. Zakir.

Tegasnya, banyak bukti berlaku pencabaran terhadap Islam sejak kerajaan Pakatan harapan (PH) yang dikuasai DAP berjaya mengambil alih pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Setuju benar supaya LKS pulang ke negara asal tumpah darahnya.
    Manusia yang paling banyak bawa masalah dan perbalahan kaum dan agama Di Malaysia.

Comments are closed.