Logo Perusahaan Listrik Negara

JAKARTA – Kira-kira 30 orang juta penduduk Indonesia mengalami gangguan bekalan elektrik selepas Jakarta dan beberapa bandar mengalami masalah itu.

Syarikat utiliti itu, Perusahaan Listrik Negara (PLN) berkata, gangguan bermula 11.50 pagi apabila loji gas tubin tujuh di Suralaya terganggu.

Malah, gas turbin di 1 hingga 6 juga terjejas, selain loji di Cilegon.

Masalah bekalan eletrik itu dianggarkan mengambil masa enam jam dan setakat ini belum ada maklumat yang jelas daripada PLN.

Gangguan itu mengakibatkan sistem keretapi dan metro bawah tanah serta MRT tidak dapat beroperasi.

Selain Jakarta, wilayah barat Jawa, tengah Jawa, Bandung, Bekasi, Cianjur, Cimahi, Cirebon, Garut, Karawang, Purwakarta, Majalaya, Sumedang, Tasikmalaya, Depok, Gunung Putri, Sukabumi, dan Bogor turut terlibat.

Rangkaian telefon termasuk Telkomsel, XL dan Indosat beroperasi berselang-seli.

Lampu trafik juga tidak fungsi di beberapa bahagian jalan di Jakarta.

PLN memohon maaf berikutan gangguan itu dan akan segera menangani masalah tersebut.

“Kami berjanji untuk berusaha menambah baik sistem bagi membolehkan bekalan elektrik kembali normal,” kata I Made, Naib Eksekutif Presiden PLN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast