Timbalan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Abdul Rahim Sinwan berucap pada Siri Wacana Cendekiawan ATMA Kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu Di Sisi Perlembagaan Persekutuan : Antara Yang Tersurat & Tersirat di Bilik Majlis, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 05 OGOS 2019.
Timbalan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Abdul Rahim Sinwan berucap pada Siri Wacana Cendekiawan ATMA Kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu Di Sisi Perlembagaan Persekutuan : Antara Yang Tersurat & Tersirat di Bilik Majlis, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 05 OGOS 2019.

BANGI – Pemimpin di negara ini tidak perlu mempertikaikan keistimewaan yang diberikan kepada masyarakat Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembangaan Persektuuan.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Abd Rahim Sinwan, kedudukan Institusi Raja-raja perlu terus dipertahankan bagi memastikan keistimewaan kaum Melayu itu terus terbela pada masa akan datang.

“Banyak pemimpin kata kenapa orang Melayu mesti diberikan tongkat, bagi saya tognkat itu memang selalu diberi sampai bila-bila selagi Malaysia asalnya adalah milik orang Melayu.

“Tetapi tongkat itu bukan bagi ikan terus, tapi kita bagi pancing. Kita cuba jelaskan kepada anak-anak kita bahawa Perlembagaan telah beri kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara kebajikan orang Melayu dan inilah yang kita kena pastikan bahawa Raja-raja Melayu tetap releven di negara kita,” katanya dalam siri wacana bertajuk Kedudukan Institusi Raja-raja Melayu di sisi Perlembagaan Persekutuan: Antara yang tersurat dan tersirat di Bangunan Canselori UKM, hari ini.

Justeru itu, kerajaan disaran untuk mendidik golongan muda agar memahami betapa pentingnya institusi beraja yang diamalkan di negara ini.

“Kalau kita fahamkan kepada golongan muda di negara ini bahawa institusi beraja masih ada peranan. Sebagai contoh Dasar Ekonomi Baharu yang Barisan Nasional perkenalkan dahulu iaitu 30 peratus saham ekonomi diberikan kepada orang Melayu dan juga pribumi Sabah dan Sarawak.

“Itu pun sudah salah kerana berikan 30 peratus sedangkan orang Melayu 69 peratus,” katanya lagi.

Untuk rekod, sejak tahun 2012 hingga 29 Mac 2019, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyiasat 97 kes pembuli media sosial yang menghina raja-raja Melayu serta Yang di-Pertuan Agong dan daripada jumlah tersebut 11 individu telah dituduh di mahkamah. -MalaysiaGazette