MEKAH – Setiap kali tetamu Allah dari seluruh dunia tersenyum gembira selepas menunaikan haji dianggap momen berharga kepadanya.
Menurut Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Mohamed Saleh Benten, momen sedemikian tidak dapat di tempat lain, selain di Tanah Suci.
“Saya sebagai menteri tak menganggap ini (menguruskan jemaah haji) sebagai kerja kerana ia adalah tanggungjawab.
“Perasaan melihat seseorang (jemaah haji) gembira dan tersenyum satu yang indah yang tidak dapat di mana-mana,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media bersama wakil-wakil media negara Islam di sini semalam.
Menurut Mohamed Saleh, memudahkan proses jemaah haji membolehkan mereka ‘berhubung’ terus dengan Allah terutama ketika ritual haji di Arafah.
“Kita (orang Islam) ini kepercayaan kita dan Rukun Islam kelima kita. Kamu buat haji bermakna kita boleh meminta dengan Tuhan secara peribadi,” katanya lagi.
Sebelum itu, Mohammed Saleh memberitahu, pihaknya telah mengeluarkan dua juta e-visa dan dalam proses menyasarkan jumlah jemaah haji mencapai 30 juta menjelang tahun 2030.
Ia selaras dengan pelan Pilgrimage Enhancement Program (DARP) yang menjangka peningkatan 12 peratus jemaah haji saban tahun sehingga tahun 2030.
Beliau juga mengambarkan jumlah wang dibayar kira-kira sejuta jemaah haji berbaloi dengan perkhidmatan mereka kerana menyedari ada pihak mengumpul wang selama bertahun-tahun kerana mahu menunaikan haji.
Beliau seterusnya memberi jaminan proses penghantaran jemaah haji ke Arafah dapat berjalan dengan lancar.
“Kalau ikut simulasi kawasan terhad seperti Arafah sukar ditangani kerana jika ada sebuah bas sahaja yang rosak maka semuanya bermasalah,” katanya.- MalaysiaGazette