Shahrir Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dipersoalkan keadilan apa yang cuba dibuktikan dengan menghentikan skim tanaman semula kepada para pekebun kecil.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, skim bantuan tanam semula sawit ini pada awal hanya untuk pekebun kecil persendirian dan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Menurutnya, pada 2018, ianya dipanjangkan juga kepada peneroka Felda oleh kerana peneroka Felda yang memiliki kebun sendiri juga pekebun kecil.

Apabila peneroka juga mendapat bantuan geran ini, mereka tidak perlu berhutang dengan Felda.

Ini bermakna peneroka dan Felda sama-sama tidak dibebankan, tambah Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru.

“Jadi bila dimansuhkan, keadilan buat siapa?, soalnya dalam hantaran di Facebooknya.

Geran tanam semula RM7,500 satu hektar 20 tahun sekali, maknanya, RM375 satu hektar satu tahun.

Artikel berkaitan:Kenapa zalim dengan pekebun kecil?

Pemansuhan GST punca pekebun kecil sawit jadi mangsa

Pinjaman tanam semula tidak bebankan pekebun kecil sawit

Pemberhentian skim tanam semula malapetaka buat pekebun kecil

Untuk peneroka yang ada empat hektar hanya RM1,500 setahun sahaja sebagai geran atau RM125 sebulan.

“Itulah nilai bantuan untuk peneroka yang ada kebun 4 hektar. Lagi sikit kalau orang kampung ada kebun yang lagi kecil.

Dakwa Shahrir, kerajaan PH sebenarnya tidak berminat untuk bantu orang kampung dan peneroka.

“Bukanlah demi keadilan! Ini lah cakap berbelit kerajaan PH atau “double speak”. Mengguna perkataan yang manis tapi sebenarnya berbisa,” kata beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast