KOCHI – Hujan lebat tidak henti-henti sehingga tanah runtuh dan banjir besar di beberapa negeri di India termasuk Gujarat, Karnataka, Madhya Pradesh, Kerala, Maharashtra dan Goa.

Akhbar, Times of India melaporkan, sekurang-kurangnya 30 orang maut di Kerala setakat ini dengan sebahagian kawasan terputus hubungan.

Menurut Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan, ketika ini pihak berkuasa sedang mengkaji kaedah-kaedah menyelamat memandangkan keadaan akan menjadi lebih buruk dalam masa 24 jam lagi.

Dalam pada itu, Pinarayi juga mendedahkan satu kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan peranginan terkenal, Munnar.

Setakat ini seramai 22,000 penduduk telah dipindahkan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Cochin terpaksa ditutup walaupun itu merupakan antara hab pengangkutan paling sibuk di negeri itu.

Lapangan terbang itu terletak berhampiran Sungai Periyar akan ditutup sehingga jam 3 petang waktu tempatan Ahad ini. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast