Foto Instagram Adira

KUALA LUMPUR – Penyanyi Adira Suhaimi selamat melahirkan anak ketiganya semalam, seminggu awal berbanding tarikh jangkaan.

Berita gembira itu dikongsi suami Adira, Datuk Seri Adnan Abu menerusi Instagram yang menyifatkan kehadiran bayi itu sebagai rezeki tidak ternilai dalam rumah tangga mereka.

Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi, 28, dikurniakan bayi perempuan seberat 3.4 kilogram menerusi pembedahan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Pujaan Hati itu mendirikan rumah tangga denganĀ  Adnan di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Sebelum ini, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Anggrek yang dilahirkan pada 10 Mac 2017 manakala Asan pada 9 September 2018. – MalaysiaGazette