Ozil dan Kolasinac terlepas aksi Arsenal menentang the Magpies atas faktor keselamatan diri dan ahli keluarga

ENGLAND – Mesut Ozil dan Sead Kolasinac  tidak tersenarai dalam skuad utama Arsenal menentang Newcastle United Ahad ini atas faktor keselamatan mereka.

Arsenal akan bertandang ke St.James park untuk aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun Ozil dan Kolasinac tidak menyertai pasukan mereka susulan dua kejadian cubaan samun yang menimpa mereka sebelum ini.

Kedua dua pemain itu pernah berdepan detik cemas nyaris disamun perompak bersenjata pisau di Utara London empat awal minggu ini.

Arsenal berkata pasukannya sentiasa berhubung dengan polis dan terus memberi sokongan kepada kebajikan dan ahli keluarga kedua dua pemain itu.

“Kebajikan pemain kami dan juga ahli keluarganya akan sentiasa diutamakan.

“Kami bagaimanapun mengambil keputusan tidak membawa kedua-dua pemain itu selepas berbincang dengan mereka dan juga wakilnya atas faktor keselamatan,’ kata kelab itu.

Ozil dan Kolasinac juga tidak beraksi dalam aksi persahabatan pra musim menentang Lyon ekoran insiden cubaan samun kereta.

Bagaimanapun kedua dua pemain itu beraksi menentang Barcelona Ahad lalu.

Kedua dua insiden itu sedang disiasat rapi oleh polis.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast