Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad

SEPANG – Mana-mana negara yang ‘mahukan’ Zakir Naik’ adalah dialu-alukan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, Malaysia tidak boleh menghalau pendakwah kontroversi itu kembali ke India kerana beliau berhadapan dengan risiko dibunuh.

“Masalahnya sekarang yang kita hadapi adalah kita tidak boleh hantar Zakir balik.

“Sebab dia lari kerana ada risiko dibunuh.

“Jadi dia di sini (di negara ini) tapi jika mana-mana negara mahukan beliau, dialu-alukan,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri sambutan Ulang Tahun ke-21 Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini. 

Beliau terdahulu dminta mengulas mengenai gesaan beberapa pihak agar Zakir dihalau keluar dari Malaysia termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mahu tindakan dikenakan terhadap pendakwah itu yang didakwa menimbulkan keresahan apabila membandingkan nasib penganut Hindu di Malaysia dengan umat Islam di India ketika berceramah di Kelantan 9 Ogos yang lalu. –

Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran pula mempertikaikan sebab Malaysia tidak menghalau pendakwah itu keluar meskipun Agensi Penyiasatan Kebangsaan India (NIA) dilaporkan telah menyerahkan laporan siasatan terperinci dan memohon kebenaran Kementerian Dalam Negeri India untuk mendakwa Zakir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast