Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford Kuala Kangsar di Perak mencatatkan sejarah menaikkan Jalur Gemilang gergasi di bangunan sekolah berkenaan.

KUALA LUMPUR – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford Kuala Kangsar di Perak mencatatkan sejarah.

Pihaknya hari ini berjaya menaikkan Jalur Gemilang gergasi di bangunan sekolah berkenaan.

Bendera Malaysia sepanjang 240 kaki X 21 kaki itu dijahit oleh para pelajar tibgkatan enam dan guru SMK Clifford sendiri dan ia memakan masa selama empat minggu.

Acara itu dirasmikan oleh pengetuanya sendiri, Roslan Muhammad.

WhatsApp Image 2019-08-20 at 15.29.42

Menurut Naib Pengerusi II Jawatankuasa Induk Penghasilan Jalur Gemilang Gergasi Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019, Mahathir Loop Abd. Rashid, matlamat acara itu bagi pelajar mencintai negara sendiri.

“Ia diharap dapat menyemarakkan perasaan dan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar terutama dalam bulan kemerdekaan sekarang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mahathir, bendera gergasi itu merupakan idea pengetua sekolah dan dijayakan pelajar terutama pelajar tingkatan enam SMK Clifford.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.