KUALA LUMPUR – Pelakon mualaf Adam Corie Lee Abdullah tidak bersetuju terhadap sebarang usaha menghalau keluar pendakwah dari negara ini.

Menerusi Facebook beliau berkata, usaha berdakwah sepatutnya mendapat bantuan kerana memberi kefahaman terhadap Islam tidak akan mampu dilakukan secara bersendirian.

“Kerja dakwah tak boleh buat seorang diri. kerja dakwah perlu dilakukan secara berjemaah.Kita tanya diri sendiri, berapa ramai orang yang benci Islam telah kita fahamkan tentang keindahan Islam.

“Kalau kita tak boleh sampaikan dakwah, kita bantu mereka yang berdakwah menyampaikannya dengan tanpa halangan. Jangan pula kita menghalau mereka berdakwah. Dah la kita ni malas pergi mencari ilmu,” katanya.

Adam Corie, 50 yang telah memeluk Islam 12 tahun walau bagaimanapun tidak menyebut secara spesifik isu apa yang dirujuknya menerusi kenyataannya itu.

Mutakhir ini isu tentang pendakwah bebas berasal dari India Dr Zakir Naik hebat diperdebatkan sehingga ada yang berpendirian beliau patut dihalau keluar daripada negara kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa mencetuskan ketegangan kaum. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast