Page "Tok Mat Hasan" palsu di laman Facebook.
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta pemilik page “Tok Mat Hasan” supaya berhenti menggunakan nama dan gambar beliau pada akaun tersebut di laman Facebook.
“Saya ingin maklumkan kewujudan satu akaun facebook, kononnya milik saya mengunakan nama page “Tok Mat Hasan” dan mengunakan gambar saya seperti dalam gambar yg kini aktif adalah PALSU. Saya tidak pernah atau bersetuju untuk membuka akaun tersebut.

“Semua kandungan/terbitan dalam page, video, gambar atau tulisan bukanlah dari saya,” kata Mohamad.

Carian MalaysiaGazette di laman Facebook mendapati akaun tersebut sudah tidak lagi wujud. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.