AMERIKA SYARIKAT – Pelakon yang terkenal dengan gelaran, The Rock menamatkan status dudanya apabila mengahwini teman wanitanya, Lauren Hashian.

Memetik laporan huffpost.com, The Rock atau nama Dwayne Johnson telah melangsungkan perkahwinannya di Hawaii minggu lalu.

Pasangan itu dikatakan telah lama menjalinkan hubungan cinta sebelum ini.

“Dwayne dan Lauren berkenalan pada tahun 2006 ketika penggambaran sebuah filem.

“Dwayne ada berkongsi beberapa foto menarik sekitar majlis perkahwinannya itu di akaun Instagram miliknya.

“Dipercayai, Dwayne dan bekas isterinya sebelum ini, Dany Garcia masih berkawan baik sehingga kini,” kata laporan itu.

Dwayne yang juga bekas ahli gusti profesional pernah berkahwin dengan Dany pada tahun 1997 tetapi rumah tangga mereka menemui kegagalan pada tahun 2008. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast