Eriksen kekal di White Hart Lane

LONDON – Christian Eriksan akhirnya akur akan kekal di White Hart Lane selepas impian berhijrah ke Real Madrid atau Barcelona tidak terlaksana.

Kedua dua kelab gergasi La Liga Sepanyol dilihat tidak akan melakukan pembelian pemain tersebut sebelum jendela perpindahan ditutup semalam.

Ini bermakna Eriksen akan kekal bersama Tottenham Hotspurs sekurang-kurangnya sehingga Januari 2020.

Pemain itu kini berada pada tahun terakhir kontrak dan boleh meninggalkan kelab secara percuma pada penghujung musim ini.

Spurs bagaimanapun pernah menawarkan kontrak baharu lebih lumayan bernilai £200,000 seminggu.

Namun Eriksen menjelaskan gaji atau wang bukan penentu keputusannya sama ada mahu kekal atau meninggalkan kelab tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast