Aziah Ahmad, bersama suami dan anak-anaknya mengenakan pakaian bertemakan Jalur Gemilang ketika hadir meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2019 bertemakan "Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih" di Dataran Putrajaya, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 31 OGOS 2019.

PUTRAJAYA – Demi anak, Aziah Ahmad, 40 sanggup meraikan Hari Kemerdekaan Ke-62 di Putrajaya untuk julung-julung kalinya.

Jika sebelum ini Aziah , suami dan dua orang anak perempuannya berumur 9 dan 11 tahun  hanya menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan menerusi kaca Televisyen sahaja, tapi peluang menyaksikan sambutan hari bersejarah negara secara dekat tidak dilepaskan.

Aziah yang mahu memberi pengalaman pertama kepada anak-anaknya merasakan sambutan Ambang 31 Ogos di Putrajaya tiba dari Port Dickson pada 10 malam tadi.

Menambahkan lagi semangat, Aziah sekeluarga memakai baju-T t Jalur Gemilang dan memakai tudung bendera Malaysia.

“Saya sekeluarga bertolak dari Port Dickson semalam, pukul 10 sampai sempat sambut ambang semalam di sini jam 12.

“Kita semua beli baju je sebab semangat tiap-tiap tahun memang pakai baju Merdeka.

“Kalau tahun lepas warna merah, tahun ini kita tukar t-shirt dan belikan juga tudung,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Kerana cukup bersemangat, seawal 4 pagi tadi, kata Azizah, dia sekeluarga tiba di Putrajaya dari tempat penginapan untuk memastikan mereka sekeluarga tidak terlepas menyambut hari yang bersejarah.

Tidak ada apa yang menggembirakannya selain memberikan pengalaman baru kepada anaknya.

“Pagi tadi kami sampai jam 5 dah sampai, pukul 4 dah jalan-jalan di sini, tengok orang dah ramai kita pun turunlah juga.

“Seronoah bawa anak-anak, kita dapat didik mereka dari kecil erti kemerdekaan,” katanya kagi.-MalaysiaGazette