LONDON – Jaringan Pierre-Emerick Aubameyang and Alexandre Lacazette membolehkan Arsenal bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Tottenham Hotspur 2-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri ;ewat pagi tadi.

Pasukan pelawat dengan mudah membuka jaringan menerusi Christian Eriksen yang menolak masuk bola dengan mudah ke gawang setelah rembatan Erik Lamela ditepis penjaga gol, Bernd Leno.

Walaupun Arsenal menguasai permainan namun Spurs dilihat memberi ancaman dan Leno dipaksa bekerja keras bagi menafikan cubaan Harry Kane dan Eriksen sebelum pasukan itu dihadiahkan sepakan penalti berikutan kekasanan yang dilakukan Grabit Xhaka terhadap Son.

Kane berjaya melunaskan tanggungjawab pada minit ke-40 bagi membolehkan Spurs berada pada landasan yang betul untuk mencatatkan kemenangan pertama di laman lawan dalam tempoh sembilan tahun namun Lacazette merapatkan jurang jaringan pada minit-minit akhir separuh masa pertama menerusi rembatan jarak dekat hasil hantaran Nicolas Pepe.

Kane hampir memastikan Spurs membawa pulang tiga dengan rembatan kencang yang mengenai tiang gol.

Arsenal terus meningkat asakan untuk mencari gol penyamaan selepas itu dengan pemain gantian, Dani Ceballos merembat kencang yang ditepis Hugo Lloris.

Namun usaha tuan rumah membuahkan hasil apabila Aubameyang menjaringkan gol hasil hantaran Matteo Guendouzipada pada minit ke-71.

Ia merupakan gol ketiga pemain itu daripada empat penampilan dalam aksi EPL.

Malah hampir mengutip tiga mata namunĀ  nasib tidak menyebelahi pasukan tuan rumah apabila gol jaringan Sokratis Papastathopoulos tidak dibenarkan kerana ofsaid. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast