KUALA LUMPUR – Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya disifatkan sebagai seorang yang tidak kedekut ilmu sebagai penembak tepat.
Seorang netizen yang dikenali hanya Tekong Mas berkata, ahli komando itu bukan sahaja mengajar menembak di negara ini sahaja.
“Bukan sekadar dalam negara sahaja beliau mengajar malah dia (Mohd. Zahir) mengajar hingga ke luar negara, dengan membawa nama negara kita Malaysia ke persada dunia,” katanya yang dipercayai pesara tentera dalam media sosial.
Beliau turut memuatnaik video Allahyarham Mohd. Zahir mengajar sekumpulan tentera luar dipercayai dari China cara-cara menembak dan bertempur.
“Jasamu dikenang wahai pahlawan,” katanya.
Terdahulu, beliau juga telah memuatnaik berita portal mengenai kenyataan ayah kepada allahyarham iaitu pelakon AR Badul.
Badul dalam kenyataannya berbangga dengan anaknya dan menganggapnya seorang penembak tepat.- MalaysiaGazette