Kilang Lynas di Gebeng, Kuantan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pengeluar nadir bumi Australia, Lynas Corp. hari ini mengumumkan pemeteraian perjanjian dengan sebuah kawasan pedalaman di barat Australia, Kalgoorlie bagi meneroka potensi bagi kawasan pemprosesan bijih.

Ini dilakukan kerana syarikat itu cuba untuk meredakan kebimbangan rakyat Malaysia mengenai sisa radioaktif yang dikeluarkan daripada kilang mereka.

Lynas yang merupakan pengeluar nadir bumi terbesar di luar China itu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan sebuah pekan perlombongan di mana ia akan membantu menarik pekerja untuk bekerja di kilang pemprosesan itu.

Syarikat perlombongan itu telah mencari sebuah kilang yang akan membuang radioaktif paras rendah daripada bahan mentah mereka sebelum dihantar ke Malaysia.

Bahan-bahan tersebut akan diproses menjadi bahan utama kepada pelbagai produk yang merangkumi jet pejuang sehinggalah kipas angin untuk ladang.

Lynas semakin terdesak untuk mengambil keputusan tersebut selepas kerajaan Malaysia memberikan syarat untuk membina sebuah kilang cracking and leaching dalam tempoh empat tahun jika mahu memperbaharui lesen mereka di Malaysia.

Kilang di Kalgoorlie itu merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan syarikat untuk merangsang pengeluaran menjelang 2025 yang bernilai AS$500 juta.

Keputusan untuk meneroka potensi Kalgoorlie dibuat selepas pekan tersebut disenarai pendek bersama dengan sebuah lagi lokasi perlombongan Mt Weld.

“Akses kepada infrastruktur dan tenaga kerja berkemahiran menjadikannya sebuah destinasi pelaburan yang menarik,” kata Ketua Pengawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lynas, Amanda Lacaze. – Reuters