Tidak lebih 80 aksara, itulah panjang maksimum yang dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada ibu bapa yang hendak mendaftarkan nama anak yang baru dilahirkan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan individu warga China mendapat kewarganegaraan Malaysia seperti mana gambar MyKad yang tular di media sosial baru-baru ini.

JPN menerusi kenyataan berkata, wanita tersebut telah berkahwin dengan lelaki rakyat Malaysia dan permohonannya diluluskan pada September 2017 selepas memenuhi syarat yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.

“JPN ingin menjelaskan individu tersebut merupakan isteri kepada warganegara Malaysia yang telah memperolehi kewarganegaraan Malaysia di bawah Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan pada September 2017.

“Sebagai isteri kepada warganegara Malaysia yang berkahwin secara sah mengikut undang-undang Malaysia, boleh memohon kerakyatan setelah mereka memenuhi syarat-syarat ditetapkan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

JPN turut menegaskan tidak hanya menganugerahkan kewarganegaraan kepada satu kaum sahaja sebaliknya permohonan memgikut lunas undang-undang te dibuka kepada kepada pelbagai latar belakang.

Namun tambah kenyataan tersebut, mereka yang benar-benar layak sahaja yang akan menerima kerakyatan.

“Permohonan dan kelulusan kewarganegaraan Malaysia bukan tertumpu kepada satu-satu kaum tertentu sahaja malah menerima dan meluluskan daripada pelbagai kaum dan bangsa di Malaysia

“Penganugerahan taraf kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi oleh Kerajaan Malaysia kepada warga asing yang benar-benar layak sahaja dan perlu mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan serta tertakluk kepada Peruntukan-peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan,” tambahnya.

Untuk rekod, gambar MyKad seorang wanita bernama Xu Yulian tersebar meluas di media sosial.

Netizen ramai mempertikaikan bagaimana wanita berumur 43 tahun itu menerima kewarganegaraan apabila terbukti beliau merupakan rakyat China menerusi gambar passportnya.

Justeru JPN menyeru agar orang ramai menghentikan penyebaran gambar MyKad di media sosial yang disifatkan boleh menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan rakyat dengan membuat spekulasi kerajaan memberikan kerakyatan dengan mudah.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu yang menyebarkan sebarang isu berunsur fitnah kepada kerajaan,” katanya. – MalaysiaGazette