Gambar hiasan

KUCHING – Sekolah di lapan daerah di negeri ini diarahkan tutup hari ini selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terbabit diambil kira sehingga pukul enam petang semalam.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Abang Mat Ali Abang Masagus berkata daerah yang terlibat ialah Kuching, Samarahan, Padawan, Serian, Sri Aman, Betong, Bau dan Lundu.

Bagaimanapun, katanya peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah terlibat berjalan seperti biasa.

“(Penilaian penutupan sekolah) akan mengikut bacaan IPU setiap pukul 6 petang, kerana keputusan perlu dibuat untuk esok hari.

“Jadi melihat kepada keadaan kualiti udara sekarang ini (hari ini), maknanya mereka (pihak sekolah) kena buat persediaan untuk buka sekolah esok kalau trend bacaan IPU terus menurun,” katanya ketika dihubungi Bernama.

— BERNAMA