Tiada kesan penduduk Muslim Rohingya pernah menetap di perkampungan Inn Din, tapak salah satu lokasi kekejaman tentera Myanmar. foto BBC

YANGON – Keseluruhan perkampungan Muslim Rohingya di Myanmar telah dirobohkan digantikan dengan berek-berek polis, bangunan-bangunan kerajaan dan kem-kem penempatan pelarian.

Dalam lawatan kerajaan, BBC mendakwa ia menyaksikan empat lokasi kemudahan-kemudahan itu dibina adalah di kawasan penempatan Rohingya yang pernah ditunjukkan dalam imej-imej satelit.

Namun, pegawai-pegawai negara itu menafikan bangunan dibina di Rakhine.

Seramai 700,000 penduduk Rohingya melarikan diri ke Myanmar selepas operasi ketenteraan berlaku pada tahun 2017.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan situasi itu sebagai pembersihan etnik tetapi Myanmar menafikannya.

Myanmar, sebuah negara majoriti penduduk Buddha masih terus menafikan pembabitan tentera dalam menyingkirkan etnik tersebut, sebaliknya memaklumkan sudah bersedia menerima pelarian semula.

BBC yang menyertai rombongan itu berkata, akses ke Rakhine dikawal ketat.

Malah, konvoi kerajaan tidak dibenarkan membuat rakaman atau temu ramah orang tanpa pengawasan polis.

“Tetapi kita dapat melihat bukti jelas tentang pembasmian masyarakat Rohingya secara sengaja,” lapor BBC.

Institut Dasar Strategik Australia, yang telah menganalisis imej satelit, memaklumkan sekurang-kurangnya 40% perkampungan Rohingya yang rosak akibat keganasan tahun 2017 telah sepenuhnya dirobohkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast