BEIJING – China mengecualikan 16 jenis produk Amerika Syarikat daripada tarif  termasuk sumber makanan tambahan protein dan ikan yang diberi makan kepada haiwan dan beberapa pelincir.

Sebelum ini, 16 produk tersebut termasuk dalam tarif yang dikenakan ke atas Amerika Syarikat selepas kuasa besar ekonomi dunia itu menambah tarif ke atas barangan China.

Kementerian Kewangan China berkata, pengecualian itu akan berkuatkuasa pada 17 September dan sah selama satu tahun hingga 16 September, 2020.

Katanya, dua senarai barangan yang diberi pengecualian tarif dipaparkan di laman sesawangnya tidak akan tertakluk kepada duti tambahan yang dikenakan oleh China pada barangan Amerika Syarikat “sebagai langkah tindak balas ke atas tindakan di bawah Seksyen 301 oleh Amerika Syarikat’, ” katanya. – MalaysiaGazette