KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) telah menerima wang untuk dijelaskan kepada pengusaha bas sekolah

Ketua Pengarah Jakoa, Prof Dr Juli Edo berkata, pihaknya telah menerima surat kelulusan pembayaran daripada Kementerian Kewangan Malaysia telah diterima pada 28 Ogos 2019.

“Jakoa telah mengambil tindakan segera dan melaksanakan pembayaran kepada pengusaha bas sekolah terlibat. Proses ini telah selesai sepenuhnya pada 30 Ogos 2019,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Isu pembayaran bas sekolah bagi murid-murid Orang Asli tercetus selepas Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor meminta kerajaan mengambil serius isu kelewatan bayaran pengusaha pengangkutan bas sekolah bagi masyarakat Orang Asli yang dilantik oleh Jakoa.

Ahli Parlimen Cameron Highlands itu dilaporkan mendakwa, kegagalan pembayaran tersebut mengakibatkan pengusaha bas hendak memberhentikan perkhidmatan serta-merta. – MalaysiaGazette