Volodymyr Tsemak. foto Agensi

BERLIN – Para penyiasat insiden pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine pada Julai 2014 menukar status saksi utama, Volodymyr Tsemakh, kepada suspek, lapor Deutsche Well (DW) yang memetik Ahli Parlimen Eropah dari Belanda, Kati Piri.

Menurut beliau, Pasukan Siasatan Bersama (JIT) dan pendakwaraya Belanda menyatakan dalam sepucuk surat bahawa status Tsemakh dipertimbangkan sebagai seorang suspek berikutan maklumat terkini pada musim panas lalu.

Piri berkata, langka mengekstradisi Tsemakh ke Rusia telah melukai perasaan waris mangsa kemalangan tersebut.

“Daripada pandangan antarabangsa, Ukraine mempunyai obligasi kerjasama dalam usaha mencari meraka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat itu. Menyerahkan seorang suspek kepada Moscow, Ukraine tidak mengotakan janjinya,” lapor DW yang memetik Piri.

Kini para penyiasat JTI tidak mempunyai peluang untuk menyoal siasat Tsemakh, katanya.

“Adalah jelas bahawa kami boleh meminta Rusia menyerahkan beliau untuk soal siasat. Bagaimanapun kami bukannya terlalu naif. Jika Moscow mahukan dia untuk soal siasat, pertukaran (banduan) tidak akan dilakukan. Oleh itu, saya khuatir Tsemakh tidak akan dihadapkan di mahkamah sebagai saksi,” kata Ahli Parlimen itu.

Terdahulu agensi berita, Unian melaporkan, unit khas bersenjata Ukraine berjaya menahan warga Ukraine, Tsemakh, di bandar Snizhne yang dikuasa puak pemisah pada akhir Jun lalu.

Tsemakh dilaporkan memegang jawatan pemerintah unit anti pesawat di Donbas pada 2014 dan agnesi penguatkuasaan undang-undang Ukraine mengesyaki beliau terbabit dalam insiden kemalangan pesawat Boeing, B777 Malaysia Airlines pada Julai 2014.

Tsemakh juga disyaki terbabit dalam serangan pengganas yang membunuh empat anggota tentera Ukraine. – Agensi