Khazanah Nasional
Khazanah Nasional

KUALA LUMPUR –  Khazanah Nasional Bhd, menerima tawaran kira-kira AS$500 juta untuk kepentingannya syarikat pengendali lebuh raya bertol di Indonesia, menurut sumber.

Astra Infra Indonesia bekerjasama dengan Lembaga Pelaburan Pelan Kanada untuk membida PT Lintas Marga Sedaya, pemegang konsesi jalan tol sejauh 117 kilometer yang menyambungkan Jakarta ke Cirebon di bahagian barat pulau Jawa.

Lembaga Pengurusan Khazanah sedang bermesyuarat pada hari Jumaat untuk membincangkan tawaran itu.

Khazanah mungkin terima atau sebaliknya tawaran tersebut. Khazanah menguasai 55 peratus Lintas Marga melalui UEM Group Berhad.

Manakala Astra Infra yang memiliki baki kepentingan itu.

Syarikat Indonesia itu mempunyai hak untuk menolak pegangan UEM dalam Lintas Marga, kata sumber tersebut.

Astra Infra dimiliki oleh PT Astra International.

Pembida-pembida mahu mendapatkan keuntungan daripada peningkatan trafik lalu lintas daripada projek infrastruktur yang bernilai lebih daripada AS$400 bilion.

Setakat ini, Khazanah, Lintas Marga, Astra Infra, UEM Group dan CPPIB enggan mengulas.

UEM Group dianugerahkan projek lebuh raya, yang dikenali sebagai Cikopo-Palimananpada tahun 2006 tetapi pembinaan tidak bermula sehingga 2013 kerana syarikat itu perlu melengkapkan pengambilalihan tanah dan mendapatkan kelulusan pengawalseliaan yang diperlukan.

Projek itu siap pada tahun 2015 dan merupakan konsesi lebuh raya pertama di Malaysia di Indonesia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast