KUALA LUMPUR – Raja Pemaisuri Agong akhirnya membuat penjelasan kenapa baginda bertindak menyahaktifkan akaun Twitternya.
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mempunyai sebab tersendiri berbuat demikian bukan disebabkan komen negatif daripada netizen.
“Saya nyahaktif akauan saya bukan kerana saya sedih, terluka dan marah dengan komen mereka (netizen).
“Saya tak baca dan sedar mengenainya (komen netizen) tiada kena mengena dengannya,” katanya dalam status media sosialnya.
Baginda juga merayu kepada orang ramai supaya jangan membuat laporan polis terhadap mereka.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: