Biarlah mereka berhimpun, saya restu mereka. Selamat jalan kepada Pas dan UMNO menjelang Piagam Penyatuan Ummah pada 14 September ini.
Demikian reaksi dan jawapan sinis Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu apabila ditanya mengenai Pas yang akan berhimpun dengan UMNO buat pertama kali dalam sejarah politik di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama dua hari, bermula esok.