Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Syarikat perladangan Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) mengesahkan berlaku kebakaran di ladang milik anak syarikatnya di Indonesia, P.T. Adei Plantation and Industry (P.T. Adei).

Kawasan seluas 2.8 hektar daripada 14,400 hektar kawasan yang diuruskan PT Adei dikesan berlaku titik panas pada musim kemarau yang mana berlaku hujan turun hanya dua hari sepanjang tempoh 60 hari.

Menuurt kenyataan itu, kebakaran tersebut telah dipadamkan oleh 120 anggota bomba yang menggunakan jengkaut dan pam Shihbaura pada hari yang sama.

“Kini seluas 4.25 hektar termasuk kawasan pengasingan tetah ditutup bagi tujuan siasatan yang masih dilakukan,” katanya dalam kenyataan.

.Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan beberapa media yang mengenalpasti sebagai salah sebuah syarikat yang menyumbang kepada kebakaran hutan di wilayah Riau.

Sebelum ini, Menteri Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar berkata, kebakaran berlaku di ladang P.T. Adei dan siasatan masih dilakukan.

Beratus-ratus  titik panas dikesan di Indonesia yang menyebabkan keadaan berjerebu di Malaysia.

Menurut KLK, abagai langkah berjaga-jaga, air disiram secara berterusan sepanjang malam bagi memastikan kawasan yang terjeas dengan kebakaran kekal basah bagi mengelakkan kejadian berulang.

Kata kenyataan itu, syarikat akan terus memberi kerjasama dalam siasatan yang dilakukan. – MalaysiaGazette