TERKINI : “Muafakat Nasional” Gabungan Yang Ditunggu Ramai – Hadi Awang

Hari ini UMNO dan Pas melakar suatu peradaban iaitu sejarah penyatuan antara dua parti terbesar negara.

Kedua-dua kepimpinan, ahli dan penyokong parti hadir atas cetusan serta dorongan nurani yang ikhlas.

Mereka berkumpul demi membina masa depan negara yang lebih bermaruah, selain mahu negara ini kembali menjadi harmonis, sejahtera dan terus diredhai Allah.