Chuang Chuang

BANGKOK – Panda gergasi, Chuang Chuang yang dipinjamkan oleh China kepada Thailand mati di zoo negara itu.

Kematian haiwan itu menyebabkan China menghantar pakar-pakar untuk menyiasat.

Panda itu telah ditempatkan di Zoo Chiang Mai selepas dipinjamkan oleh China sejak tahun 2003.

Chuang Chuang,19 tahun popular di Thailand selepas pihak zoo itu berusaha mendapatkannya pasangan.

Kematian Chuang Chuang pada Isnin lalu yang masih tidak dijelaskan menjadi pertikaian di media sosial China dengan kebanyakan mendakwa Thailand tidak memelihara panda itu dengan sempurna.

Panda biasanya hidup antara 25 hingga 30 tahun.

China memberi pinjaman panda-pandanya ke negara-negara di seluruh dunia dalam usaha memperkukuhkan hubungan diplomatik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast