Gambar Hiasan. foto HAZROL ZAINAL, 01 SEPTEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – Insititusi-institusi Pengajian Tinggi yang terdedah dengan pencemaran udara akibat jerebu dinasihat menangguhkan kuliah.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir berkata, pihaknya mengambil berat tentang bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang semakin meningkat ke paras sangat tidak sihat dengan bacaan melebihi 200 di beberapa buah negeri.

“Oleh itu, kami menasihatkan supaya semua institusi pendidikan tinggi (IPT) di negeri-negeri yang terbabit untuk menangguhkan sesi kuliah jika didapati jerebu mencapai tahap yang akan memudaratkan kesihatan pelajar, pensyarah dan warga IPT,” katanya dalam kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast