Ikan emas berjaya menjalani pembedahan mengeluarkan tumor dalam perut dengan selamat di UK

LONDON – Seekor ikan emas berjaya menjalani pembedahan mengeluarkan ketumbuhan atau tumor dari perutnya di Bristol, United Kingdom.

Ia merupakan perbedahan pertama dilakukan ke atas seekor amfibia laut di UK.

Doktor veterinar dilaporkan melakukan pembedahan itu untuk mengeluarkan ketumbuhan dari perut ikan kecil seberat kurang satu gram.

Pemilik ikan itu yang melihat ketulan pada perut ikan peliharaannya telah bergegas ke klinik haiwan berhampiran di Bristol.

Kakitangan di klinik haiwan lazimnya melakukan pembedahan arnab, hidupan mamalia kecil dan kehidupan eksotik serta iguana dan ular, segera mendiagnos ketumbuhan pada perut ikan itu dan melakukan pembedahan itu.

Tiup halus dalam mulut ikan itu dan diberikan anastetik atau cecair bius sebelum mengalihkan ketumbuhan dalam masa 40 minit.

Selepas ubat penenang hilang, ikan itu sedar semula dan dibawa pulang oleh tuannya pada hari sama.

Doktor Sonya Miles berkata, ikan emas itu adalah haiwan terkecil yang pernah diberi rawatan kecemasan.

“Kemajuan ubat moden dan veterinar memudahkan kita untuk merawat ikan itu tanpa masalah dan menyelamatkan nyawanya.

“Itu prosedur yang sangat mudah dan tidak memakan masa lama untuk merawat ikan itu dan disedarkan semula menggunakan air dioksigenkan dan kembali sihat.

“Kami gembira dapat mengeluarkan ketumbuhan itu dan menyelamatkan nyawa ikan itu,” katanya. – MalaysiaGazette