IPOH – Kunjungan ke bandar raya ini sentiasa berbaloi kerana menawarkan banyak tarikan seperti taman tema, rekreasi, pusat membeli-belah dan restoran yang semuanya menyajikan pengalaman baharu dan tidah boleh dilupakan.
Ketika berada di sini, usah risau tentang penginapan kerana terdapat pelbagai hotel yang sentiasa ‘menyambut’ ketibaan pengunjung, cuma pilih sahaja mengikut kemampuan diri.
Antara yang menawarkan perkhidmatan terbaik adalah hotel Putrade Allsuites yang terletak di dalam kawasan Royal Perak Golf Club (RPGC).

Lokasinya yang strategik tidak jauh dari bandar menjadikannya kini antara pilihan ramai, sama ada pelancong tempatan mahupun asing.
Dilengkapi dengan kira-kira 34 bilik servis apartmen, hotel milik Putrade Property Management Sdn. Bhd. itu sentiasa mengutamakan keselesaan pelanggan.
Memiliki keselesaan ruang tamu di semua bilik, ia turut menyediakan kemudahan Wi-Fi, siaran televisyen kabel dan perkhidmatan minuman yang berkonsepkan hotel mewah.

Bagi yang ingin mengadakan seminar, bengkel, mesyuarat serta jamuan makan malam, hotel tersebut turut dilengkapi dengan sebuah dewan besar yang mampu memuatkan sehingga 700 orang.
Malah menjanjikan kepuasan, pelanggan yang datang ber-keluarga dan ingin bersantai bersama-sama keluarga, kolam renang atau gimnasium mungkin tempat yang sesuai untuk dituju.
Turut disediakan gelanggang tenis dan skuasy serta bilik billiard. Selepas letih bersantai dan perut mula ‘berkeroncong’, jangan lepaskan peluang menikmati pelbagai hidangan yang ditawarkan di Fairway Restoran.

Bagi yang kaki golf, Putrade Allsuites menjadi tempat penginapan pilihan dalam kalangan mereka yang bermain golf kerana RPGC menyediakan padang golf 18 lubang.
Jadi apa tunggu lagi, cuti persekolahan yang bakal tiba tidak lama lagi boleh digunakan sepenuh untuk berkunjung ke bandar raya ini dan ‘merasai’ kemudahan yang disediakan.
Salah satunya, lokasi yang berhampiran dengan Taman Tema Lost World of Tambun (LWOT).

Dengan pakej yang disediakan untuk penginap yang mahu berkunjung ke LWOT, percutian hujung minggu untuk pelancong tempatan amat berbaloi.
Malah sekiranya pengunjung hendak pergi LWOT, pihak hotel perkhidmatan shuttle manakala untuk pemain golf pula yang bukan ahli kelab, terdapat pakej menarik disediakan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Putrade Allsuites, orang ramai boleh menghubungi talian +605 238 0022. – MalaysiaGazette
