Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia, Firefly menawarkan 10,000 tempat duduk perjalanan sehala percuma untuk pelanggan yang layak bagi semua destinasi domestiknya, menurut Malaysia Airlines Bhd (MAB).

MAB berkata, untuk layak, pelanggan perlu membeli satu tiket Malaysia Airlines sama ada Economy Smart, Economy Flex atau kelas perniagaan bagi penerbangan ke mana-mana destinasi ASEAN bermula hari ini hingga 1 Oktober untuk perjalanan serta-merta dan sehingga 31 Disember ini.

Setiap pelanggan kemudiannya boleh menebus tempat duduk percuma bagi perjalanan sehala itu dengan menggunakan kod promosi istimewa menerusi laman web Firefly di www.fireflyz.com.my.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Malaysia Aviation Group, Lau Yin May berkata, tempat duduk itu akan ditawarkan mulai 2 November 2019 hingga 29 Mac 2020 bagi penerbangan pada Sabtu dan Ahad sahaja.

Beliau berkata, promosi itu merupakan pendekatan pihaknya untuk memberi penghargaan kepada pelanggan.

“Ini merupakan peluang terbaik untuk pelanggan kami berkunjung ke destinasi dalam ASEAN dan meneroka Malaysia dengan promosi tempat duduk percuma bagi perjalanan sehala istimewa ini.

“Tawaran ini tersedia bagi tempoh yang terhad sahaja, jadi tempahlah perjalanan ke destinasi ASEAN anda dengan Malaysia Airlines sekarang untuk menikmati percutian percuma di Malaysia dengan Firefly,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast