Nelayan Indonesia dibawa masuk ke dalam bot marin APMM ketika ditemui 15 batu nautika selatan Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor kira-kira jam 3.30 petang semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang nelayan warga Indonesia ditemui selamat oleh Kapal Peronda Maritim Negeri Johor setelah mengalami detik getir selama empat hari hanyut akibat bot nelayan yang digunakannya untuk mencari rezeki rosak dan enjin gagal berfungsi.

Laksamana Pertama Maritim Aminuddin bin Haji Abdul Rashid, Pengarah Maritim Negeri Johor berkata, kapal  peronda maritim yang sedang melaksanakan rondaan telah menemui bot nelayan tersebut sedang hanyut di sekitar 15 batu nautika selatan Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Abdul Rahman berumur 51 tahun ditemui selamat dalam keadaan agak lemah setelah hampir 2 hari tidak makan.

“Difahamkan bahawa Badan SAR Nasional Indonesia (BASARNAS) telah menggerakkan usaha mencari mangsa sejak 23 september lalu setelah mangsa terputus hubungan.

Maritim Malaysia dan BASARNAS seterusnya membuat pertemuan di sempadan perairan negara untuk proses penyerahan mangsa dan bot kira-kira jam 9.20 pagi tadi.” ujar Aminuddin lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast