KUALA LUMPUR – Kemelut pembelian tanah Kampung Baru yang melanda sekian lama dilihat seolah-olah semakin tidak berkesudahan.
Rintihan dan keluhan yang disuarakan oleh pewaris serta penduduk di kawasan tersebut kebanyakannya berkisar tentang jaminan masa hadapan mereka.
Riak keresahan di wajah penduduk turut jelas kelihatan ekoran dilanda kerisauan dalam mempertahankan hak tanah warisan nenek moyang.
Bagi seorang penduduk, Hamidah Muhamad, 61, dia seboleh-bolehnya mahu menghabiskan sisa-sisa hayatnya bersama suami di tanah peninggalan itu.