Saturday, April 27, 2024
Home Tag Lensa MG

Tag: Lensa MG

Perarakan Aman Hari Pekerja #2023 #MayDay

Sebahagian warga pekerja yang menyertai perarakan aman bersempena Hari Pekerja 2023 menuntut gaji bermaruah dan jaminan makanan anjuran Jawatankuasa Mei 1 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Maju Junction, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 01 MEI 2023.

Deretan Meriam Gegarkan Kampung Talang #MalamRaya

Golongan muda penduduk kampung melepaskan tembakan meriam talang selepas meletakkan air pada karbaid sempena malam perayaan Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Talang, Kuala Kangsar, Perak. Foto AFFAN FAUZI, 22 APRIL 2023.

Malam Raya Aidilfitri di Jalan TAR Riuh #HargaLelong

Gelagat peniaga melakukan harga promosi pada saat akhir membeli belah pada malam menjelang sambutan Aidilfitr ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 21 APRIL 2023.

LENSA MG | Sisi Gelap Syria

Seorang wanita berpakaian purdah beratur bagi mengambil makanan sumbangan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Azaz, Syria. Foto FAREEZ FADZIL, 23 FEBRUARI 2023.

Puteri-Puteri Pilihan Lensa MG PAU2022

Sesi fotografi bersama perwakilan Puteri UMNO, Nadia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 12 JANUARI 2023.

Aksi Harimau Malaya Baham Sang Singa 4 – 1 #PialaAFF2022

Pemain Malaysia, Stuart John Wilkin meraikan jaringan selepas berjaya membolosi pasukan Singapura pada perlawanan kumpulan B Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang berkesudahan Harimau Malaya tewaskan Sang Singa 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 03 JANUARI 2023.

LENSA MG | ‘Perang’ Sebelum Banjir Besar #RumahRakit

Penduduk, Hasnah Hasan merehatkan diri dihadapan rumahnya semasa hujan lebat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Seberang Guai, Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 16 NOVEMBER 2022.

LENSA MG | ‘Siap Siaga di Bumi Tuhan’

Suasana kawasan Madrasah Darul Solihin Al Qadiri yang luas dan terbuka serta tidak mempunyai dinding tebal atau tinggi namun mampu mengawal hampir 120 pelatih daripada pelbagai latar belakang. Foto MOHD ADZLAN, 28 APRIL 2022.

LENSA MG – Banjir Kilat Kajang

Antara barangan milik Lee Khim How yang terjejas akibat banjir kilat yang melanda rumah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Hijau Jalan Reko, Kajang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 20 JULAI 2020.

LENSA MG | Gelagat ‘Si Cilik’ Hari Pertama Pembukaan Tadika Tunas...

Murid, Danial Arsyad Hadi memakai pelindung muka ketika hadir pada hari pertama pembukaan sesi persekolahan tadika berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tadika Tunas Ilmu, Lembah Keramat, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 01 JULAI 2020.