Gambar hiasan

Bera – Akibat serik kerana sering kali berdepan dengan banjir besar mendorong seorang penduduk dari Kampung Seberang Guai, Bera, Pahang untuk membina rumah rakit sebagai persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh.

Seorang suri rumah, Hasnah Hasan, 59, berkata, rumah rakit yang dibina oleh anaknya pada tahun lalu itu menelan kos sekitar RM13,000.

Jelas Hasnah, kediaman yang didudukinya itu sering ditenggelami banjir berikutan terletak kurang satu kilometer dari Sungai Pahang.

“Bagus bina rumah rakit ini sebab kita dah tak perlu nak pindah atau alihkan barang ke tempat lain atau tumpang di rumah orang sebab semua itu perlukan duit sebab nak sewa lori dan sebagainya.

“Bila ada rumah rakit ni senang sebab barang kita semua letak setempat dan barang pun tak hilang lagi pun saya dah berumur tidak larat nak angkat barang berat,” katanya.

Tambah Hasnah, rumah rakit tersebut merupakan sebahagian daripada persediaan mereka sekeluarga sekiranya negeri berkenaan dilanda banjir besar sekali lagi seperti tahun lalu.

“Kami dah penat terpaksa berdepan dengan banjir, tahun lalu pun banjir naik sampai paras tingkap jadi kita doa tahun ini tidak lagi terjadi situasi sama,” ujarnya.

Penduduk, Hasnah Hasan menunjukkan keadaan rumahnya yang dinaiki air banjir tahun lepas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Seberang Guai, Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 16 NOVEMBER 2022.
Penduduk, Hasnah Hasan menunjukkan paras air banjir yang melanda rumahnya tahun lepas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Seberang Guai, Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 16 NOVEMBER 2022.
Kesan air banjir pada rumahnya masih tidak hilang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Seberang Guai, Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 16 NOVEMBER 2022.
Penduduk, Hasnah Hasan merehatkan diri dihadapan rumahnya semasa hujan lebat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Seberang Guai, Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 16 NOVEMBER 2022.
Penduduk, Hasnah Hasan telah mengumpul barang-barang yang akan dipindahkan ke rumah rakitnya sebagai persiapan hadapi banjir pada musim tengkujuh bagi mengelakkan barang tersebut rosak ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Seberang Guai, Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 16 NOVEMBER 2022.
Penduduk, Hasnah Hasan berjalan semasa hujan berlatarbelakangkan rumah rakit yang dibuat anaknya menelan kos sekitar RM13,000 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Seberang Guai, Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 16 NOVEMBER 2022.
Penduduk, Hasnah Hasan mula mengemas ruang dalam rumah rakitnya sebagai persiapan hadapi banjir pada musim tengkujuh ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Seberang Guai, Bera, Pahang. Foto HAZROL ZAINAL, 16 NOVEMBER 2022.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast