Lokasi tumpahan minyak di pantai-pantai Brazil.

BRASILIA – Brazil sedang menyiasat sumber tumpahan minyak yang menjejaskan pantai-pantainya di sepanjang pantai timur laut.

Analisis menunjukkan minyak yang ditemyi bukan dihasikan Brazil, kata agensi alam sekitar Ibama.

Operasi pembersihan sedang dijalankan di kawasan terjejas.

Tumpahan kali pertama dikesan pada 2 September lebih dari 1,500 kilometer (932 batu) dan di 105 lokasi di lapan negeri, yang memberi kesan kepada hidupan liar dan pantai yang popular termasuk Praia do Futuro di Ceará, dan Maragogi, di Alagoas.

Analisis molekul minyak oleh syarikat Brazil milik kerajaan Petrobras menunjukkan tumpahan minyak mentah tidak berasal dari negara ini, kata Ibama dalam satu kenyataan

Ujian ini juga menentukan minyak berasal dari satu sumber yang belum dikenalpasti.

Minyak mentah diuji sebelum dieksport untuk memastikan ia mengikut piawaian kilang penapisan yang bakal dihantar dan boleh dikenalpasti oleh unsur kimianya.

Pihak berkuasa percaya tumpahan itu mungkin disebabkan oleh kapal tangki yang mengangkut minyak jauh dari pantai.

Dua tong minyak telah ditemui di dua pantai dari negeri Sergipe, kata pihak berkuasa tempatan.

Pelancong dan nelayan telah diminta untuk mengelakkan bahan tersebut. – MalaysiaGazette