Gambar kain rentang bertulisan Cina dan memaparkan jata kerajaan yang dimuatnaik Ahli Parlimen Telun Intan .

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini menegur satu kain rentang ditulis dalam bahasa Cina yang turut memaparkan lambang kerajaaan.

Gambar kain rentang tersebut dikongsi oleh Ahli Parlimen Teluk Intan yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming di laman Facebooknya.

Kor Ming memuat naik poster tersebut dengan hantaran berbunyi “Despite my tight schedule, I have decided to visit my alma mater SJK Min Te, Ayer Tawar to pay tribute to the teachers & encourage the juniors. A special allocation will also be given to help the school.” #BudiSentiasaDikenang

Maszlee di ruang komen berkata, memandangkan lambang kerajaan digunakan pada kain rentang itu dan Kor Ming juga merupakan wakil kepada kerajaan maka kain rentang itu hendaklah ditulis menggunakan bahasa kebangsaan.
“Maaf YB memandangkan logo kerajaan digunakan pada poster dan juga YB merupakan wakil kepada kerajaan, poster mestilah ditulis dengan menggunakan bahasa kebangsaaan. Minta YB menegur pihak sekolah,” katanya.
– MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast