Hamilton mernagkul kejuaraan F1 GP Rusia semalam.

SOCHI – Lewis Hamilton diangkat sebagai juara Grand Prix Formula 1 Rusia selepas kereta kecemasan menjejaskan dominasi Ferrari.

Kemenangan pertama pelumba Mercedes dalam empat perlumbaan GP merapatkan jarak kepada gelaran dunia keenam kali ini.

Peluang Ferrari mengungguli kejuaraan di Sochi terjejas ekoran rakan pasukan Charles Leclerc, yang juga juara dunia empat kali, Sebasytian Vettel mengingkar arahan pasukan ketika di atas litar.

Pelan asal Ferrari adalah untuk memastikan Leclerc menekan Vettel pada selekoh pertama untuk mengelak risiko Hamilton bermula pada petak kedua dan mendominasi perlumbaan.

Leclerc mengikut arahan pasukan tetapi selepas Vettel mendominasi perlumbaan dia enggan menurut arahan pasukan membuka ruang Leclerc memintasnya.

Selepas beberapa siri kontroversi dalam radio komunikasi, Ferrari membuat keputusan untuk menguruskan kemudian sebelum Leclerc berjaya mendominasi perlumbaan selepas dimasukkan untuk bertukar tayar ringan dalam empat pusingan awal mengakibatkan kereta kecemasan dimasukkan ke litar.

Ia menjadi ‘percaturan malang’ untuk Ferrari kerana membuka Hamilton mendominasi perlumbaan dan terus konsisten tanpa persaingan.

Leclerc sekali lagi kehilangan posisi nombor dua kepada Veltari Bottas selepas kereta kecemasan masuk kali kedua.

Hamilton kini hanya perlu memungut hanya 73 mata lagi untuk mengesahkan kejuaraan dunia.

Hamilton masih perlu mengharungi GP Mexico untuk mengesahkan gelaran dunia keenam kerana secara matematik dia tidak boleh mengesahkan kejuaraannya di GP Jepun.- MalaysiaGazette