SEOUL – Korea Utara dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk menyambung perbincangan nuklear peringkat rundingan pada minggu ini, lapor media Korea Utara yang memetik kenyataan seorang diplomat kanan.

Naib Menteri Luar (I), Choe Son-hui berkata, Washington dan Pyongyang bersetuju untuk mengadakan ‘hubungan awal pada 4 Oktober dan mengadakan rundingan kerja pada 5 Oktober,” menurut Korean Central News Agency (KCNA).

“Delegasi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sedia menyertai rundingan peringkat rundingan DPRK dan AS.

“Saya berharap peringkat rundingan akan mempercepatkan kemajuan positif hubungan DPRK-AS,” kata Choe, lapor Yonhap.

Baru-baru ini Pyongyang melahirkan hasrat untuk kembali berdialog selepas tercetus ketegangan seketika yang disebabkan latihan ketenteraan antara Washington dan Seoul pada Ogos lalu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast